Tebrau | 6 Jun 2024: Ahli Lembaga Yayasan Pasir Gudang iaitu Encik Zainal Abidin bin Abu Bakar dan Puan Hasnina binti Aspari telah meluangkan masa untuk menyantuni beberapa individu yang mempunyai pemasalahan yang berbeza di sekitar Kg Pasir Putih, Taman Tg Puteri Resort dan Taman Kota Masai. 

[INDIVIDU PERTAMA]
Muhd Anaqi Fayyad bin Abu Zar, 2, menghidap kanser otak sejak berusia 1 tahun 7 bulan. Beliau telah menjalani pembedahan buang sel kanser glioma agresif. Anaqi juga perlu mendapatkan rawatan palatif kerana tidak dapat menjalani kimoterapi asbab badanya yang terlalu lemah.

[INDIVIDU KEDUA] 
Mohd Faizal bin Mohd Hisham, 42, menghidap sakit leukemia dan kanser darah sejak akhir tahun 2023. Pada bulan April 2024 beliau telah di rawat di Unit Rawatan Rapi selama 20 hari. Encik Faizal juga turut menggunakan bantuan mesin oksigen yang disewa oleh beliau jika mengalami sesak nafas. Kini keadaan beliau tidak boleh berjalan dan bergantung penuh kepada duit simpanan dan juga sumbangan

[INDIVIDU KETIGA]
Sa’iam binti Karuwi, 74, seorang ibu tunggal yang mengalamai darah tinggi dan kencing manis. Beliau jatuh terpelecok dan menyebabkan tulang peha beliau pecah. Puan Sa’iam telah menjalani pembedahan memasukkan besi di Hospital Sultanah Aminah pada 4 Mac 2024. Kini keadaan beliau masih lagi boleh berjalan dengan bantuan tongkat dan kerusi roda.

[INDIVIDU KEEMPAT]
Nor Azimah binti Abu Dakdo, 44, terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 4 tahun yang lalu yang menyebabkan beliau kehilangan kaki kanannya. Kini keadaan beliau masih lagi boleh berjalan tetapi dengan menggunakan bantuan tongkat dan juga kerusi roda.

[Individu KELIMA] 
Edrecca Revera Wilfred, 25, ibu tunggal yang menyara 4 orang anak yang masih kecil dan bekas bapa mertua sejak ditinggalkan suami pada Januari 2024. Beliau masih belum dapat menguruskan proses penceraian mengikut undang-undang. Kini keadaan Edrecca sedang berusaha untuk menguruskan sijil lahir anaknya yang bongsu iaitu Muhammad Musayyad Adwa. 

Yayasan Pasir Gudang mendoakan kelima – lima individu tersebut diberikan ketabahan yang kuat dan juga kesembuhan yang cepat agar mereka dapat menjalani aktiviti seharian seperti biasa.

#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top