PERMAS | 10 Jun 2024 : Ahli Lembaga Yayasan Pasir Gudang iaitu Amirul Afiq bin Azman dan turut bersama Ahli Majlis Zon Masai iaitu Encik Madyasir bin Ahmad Basir meluangkan masa untuk menyantuni beberapa individu disekitar Taman Rinting dan Masai. 

[ INDIVIDU PERTAMA ] 
Muhammad Arman Dhaffa bin Mohamad Afifi, 6, bayi ini disahkan mempunyai kelainan pada jantung ketika masih di dalam kandungan. Beliau perlu menjalani presure test untuk mengetahui kos pembedahan.

[ INDIVIDU KEDUA ]
Robiah binti Ahmed, 61, ibu tunggal yang menghidap darah tinggi mengalami strok badan sebelah kiri sejak April 2024. Beliau menggunakan bantuan tongkat dan kerusi roda untuk berjalan. Kini keadaan Puan Robiah masih perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital.

[ INDIVIDU KETIGA ] 
Proholathar A/L S Kurusea, 70, pesakit buah pinggang yang masih dalam pemantauan untuk menjalani rawatan dialisis. Kuman telah merebak ke jantung dan paru-paru yang mengakibatkan beliau memerlukan perhatian sepenuhnya dari keluarga. Kini beliau masih perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Sultanah Aminah. 

Ketiga-tiga individu sangat kuat menghadapi cabaran. Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar mereka diberikan terus kekuatan dan ketabahan untuk menempuhi ujian yang mereka hadapi.

#YayasanPasirGudang 
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top