TEBRAU | 27 Jun 2024 : Ahli Lembaga Yayasan Pasir Gudang iaitu Tuan Haji Zuraimi bin Khamis, Encik Zainal Abidin bin Abu Bakar dan Puan Hasnina binti Aspari telah menyantuni beberapa pesakit kronik di sekitar Taman Kota Masai dan Kg Bukit Pulai Taman Pasir Putih.
INDIVIDU PERTAMA
Haslindah binti Abu Bakar, 59, suri rumah yang menghidap kanser payu dara tahap 3 sejak November 2023. Beliau telah menjalani rawatan kimoterapi dan pembedahan untuk membuang sel kanser. Kini beliau mendapatkan rawatan susulan di Hospital Sultan Ismail.
INDIVIDU KEDUA
Khairulazam bin Maasum, 63, mengalami strok dan jangkitan kuman pada otak. Beliau juga turut mempunyai sakit jantung, darah tinggi dan diabetes. Keadaan injap jantung beliau telah longgar sejak Februari 2024. Encik Khairul pernah mendapatkan rawatan di hospital selama 3 bulan. Kini beliau dalam proses pemulihan.
INDIVIDU KETIGA
Zainal Abidin bin Othman, 60, mengalami strok dibahagian kiri sejak 2021. Encik Zainal kerap mengalami strok haba akibat cuaca yang panas. Selain daripada strok, beliau juga turut mempunyai darah tinggi dan kencing manis. Kini keadaan beliau perlu mendapatkan bantuan kerusi roda untuk bergerak.
Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar mereka diberikan kesembuhan dan terus kuat menjalani kehidupan seharian mereka.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
