TEBRAU | 11 Julai 2024: Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang iaitu Tuan Hj’ Zuraimi bin khamis, Encik Zainal Abidin bin Abu Bakar dan Puan Hasnina binti Aspari telah meluangkan masa untuk melawat tiga pesakit kronik di sekitar Sg Tiram. 

[ INDIVIDU PERTAMA ]
Masrudi bin Mudangi, 51, mengalami masalah buah pinggang kering dan usus rosak akibat ketumbuhan sejak tahun 2016. Pada bulan Februari 2024, kesihatan beliau semakin merosot. Encik Masrudi perlu menjalani pembedahan membuang usus besar sepanjang 1 cm dan usus kecil sepanjang 6 cm. Kini, beliau terpaksa menggunakan stoma bag dan masih lagi dalam proses pemulihan. 

[ INDIVIDU KEDUA ]
Zainab binti Hassan, 66, menghidap kanser payudara tahap 4 pada tahun lalu. Beliau telah menjalani pembedahan membuang payu dara sebelah kanan dan telah menjalani kimoterapi sebanyak tujuh kali. Kini, Puan Zainab masih lagi dalam prosess pemulihan dan perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital.

[ INDIVIDU KETIGA ] 
Abdul Jalaluddin bin Jainal, 35, beliau telah terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke tempat kerja pada 5 Mei 2024. Akibat dari kemalangan tersebut, Encik Jalaluddin mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala menyebabkan tempurung kepala beliau perlu dibuka. Kini, beliau dijaga oleh ahli keluarga kerana isterinya perlu menguruskan anak-anak.

Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar mereka diberikan kesembuhan yang cepat dan dipermudahkan segala urusan mereka. 

Turut juga hadir adalah Ahli Majlis Zon Kota Masai 3 iaitu Puan Hajah Rap’enah binti Ali, Encik Khairul Nizam bin Daud sebagai Ahli Majlis Sg Tiram dan Ketua Kampung Sg Tiram, Muhammad bin Mohamed Som. 

🔥Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.

#
YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top