TEBRAU | 16 Julai 2024: Yayasan Pasir Gudang telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Cermin Mata kepada pelajar – pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai 2. Majlis Penyerahan Bantuan tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara iaitu Yang Berhormat Senator Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Suleiman.

Penerima Bantuan Cermin mata ini adalah seramai 38 orang dari kalangan pelajar. Bantuan Cermin Mata ini bertujuan untuk memudahkan pelajar fokus dalam pelajaran dan tidak mengalami gangguan seperti penglihatan mata yang kabur, rabun dan silau.

Yayasan Pasir Gudang mengucapkan selamat maju jaya bagi semua pelajar. Teruskan komited dalam menimba ilmu agar dapat mencapai kejayaan pada masa akan datang.

Turut hadir adalah barisan Ahli Lembaga Yayasan Pasir Gudang iaitu Tuan Haji Zuraimi bin Khamis, Encik Zainal Abidin bin Abu Bakar, Puan Hasnina binti Aspari dan Encik Muhammad Haziq bin Zakaria selaku Ahli Majlis Zon Tanjung Puteri.

🔥 ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk mengetahui maklumat terkini

#YayasanPasirGudang 
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top