TEBRAU | 18 Julai 2024: Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang iaitu Encik Zainal Abidin bin Abu Bakar dan Puan Hasnina binti Aspari telah menyantuni beberapa individu yang menghidap sakit kronik di sekitar Taman Kota Masai dan Taman Cahaya Masai.

[ INDIVIDU PERTAMA ]
Muhammad Firdaus bin Wakimin, 62, menghidap sakit saraf sejak 5 tahun yang lalu. Encik Fidaus masih boleh berjalan, namun beliau perlu mendapatkan pertolongan dan sokongan sepenuhnya daripada ahli keluarga. Kini, beliau tidak dapat menjalani rawatan fisioterapi kerana tidak mampu untuk bergerak. 

[ INDIVIDU KEDUA ]
Nik Muhammad Afiq bin Mohammad Farhan, 17, remaja yang terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke Batu Pahat pada 7 Julai 2024. Beliau mengalami kecederaan luka koyak yang besar pada bahagian lutut dan telah dijahit. Kini, beliau perlu menjalani proses cuci luka di Klinik Komuniti. 

[ INDIVIDU KETIGA ]
Abid Aiman bin Zainal, 17, beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya di kawasan Caltex Kota Masai pada 22 Jun 2024. Kejadian tersebut mengakibatkan tulang pada bahagian bawah lutut patah dan tulang tersebut mencucuk betis dan urat betis beliau. Kini, beliau telah menjalani proses pembedahan memasang besi dan masih berada dalam proses pemulihan. 

[ INDIVIDU KEEMPAT ] 
Rohaya binti Ne’mat, didiagnosis menghidap kanser darah limfoma tahap 4 sejak 28 Disember 2023. Kanser tersebut berkaitan dengan tulang yang terletak berhampiran di tulang belikat. Beliau telah menjalani rawatan kimoterapi dan kini, beliau perlu mengambil darah sekali setiap dua minggu untuk rawatan susulan.

[ INDIVIDU KELIMA ]
Zariana binti Zakaria, 47, didiagnosis menghidap kanser payudara tahap 3 sejak tahun 2020. Beliau telah menjalani rawatan kimoterapi dan pembedahan untuk membuang payudara sebelah kiri. Kini, beliau masih lagi dalam proses pemulihan dan perlu mendapatkan rawatan kerana badan beliau sering merasa tidak sihat. 

Yayasan Pasir Gudang mendoakan supaya diberikan kesembuhan yang cepat agar dapat memudahkan segala urusan mereka. 

🔥Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini. 

#YayasanPasirGudang 
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top