PASIR GUDANG | 23 Julai 2024: Yang Berhormat Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, ADUN Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang telah meluangkan masa untuk melawat beberapa individu yang menghidap sakit kronik di sekitar Taman Scientex.

[ INDIVIDU PERTAMA ] 
Arif bin Muhammad Norhaffizi, 2, seorang kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman di bahagian otak. Saat berusia 40 hari, Arif menunjukkan gejala jangkitan kuman seperti keluar nanah melalui telinga dan tangan serta mengalami kejang pada bahagian kaki. Kini, beliau masih menjalani rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur.

[ INDIVIDU KEDUA ] 
Kamaludin bin Abd Rahim, 49, menghidap sakit jantung sejak 28 Jun 2024. Saluran jantung Encik Kamal hampir tersumbat sepenuhnya. Kini, beliau masih lagi dalam cuti sakit dan perlu mendapatkan rawatan susulan di Hospital Sultan Ismail.

[ INDIVIDU KETIGA ]
Mohd Irfan Daniel bin Ripana, 15, mengalami sakit kepala besar atau dikenali sebagai Hydrosefalus dan sering diserang sawan. Beliau telah menjalani pembedahan menukar Tiub Programmable Shunt yang bertujuan untuk mengalihkan aliran cecair otak secara kekal. Kini, beliau masih lagi dalam rawatan pakar Neuromedical, Neosugeri dan Rehab.

Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar mereka dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan yang cepat. 

🔥Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat yang terkini. 

#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top