PASIR GUDANG | 3 Julai 2024 Yayasan Pasir Gudang telah menyempurnakan Bengkel Melt & Pour Soap Base Class di Balai Komuniti Jalan Cendana 5, Taman Rinting. 

Keseluruhan peserta Bengkel Melt & Pour Soap Base Class ini adalah seramai 20 orang peserta dari sekitar Pasir Gudang. Program ini merupakan salah satu idea dan inisiatif oleh Persatuan Kebajikan Skuad Srikandi Johor untuk membantu golongan sasar seperti wanita dan suri rumah tangga untuk menjana pendapatan serta membantu mengukuhkan ekonomi keluarga. 

Selain itu, tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada komuniti setempat tentang kepentingan sabun dan seni kraftangan dalam kehidupan. Antara kelebihan menyertai Bengkel Melt & Pour Soap Base class ini ialah, peserta dapat mengetahui setiap langkah- langkah dan bahan- bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sabun berkualiti tinggi. 

Disamping itu, Bengkel Melt & Pour Soap Base Class ini berfungsi sebagai sebuah platform permulaan bagi peserta, untuk dijadikan panduan dalam menghasilkan produk. Idea ini dapat dikembangkan lagi dengan mencuba memasarkan produk- produk tersebut secara fizikal ataupun dalam talian. 

🔥 Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.

#YayasanPasirGudang 
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top