WALKABOUT PEMBELIAN & PENYERAHAN SUMBANGAN DAPUR KASIH JOHOR 2025 ( SIRI 1 )
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elPASIR GUDANG | 23 Mac 2025: Yayasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang bersama pejabat YB ADUN Permas telah berjaya menyempurnakan Walkabout Pembelian & Penyerahan Sumbangan Dapur Kasih Johor 2025 ( Siri 1 ) bagi bulan Januari sehingga Mac di Pasaraya Besar Maydin, Taman Rinting.
Seramai 62 orang penerima daripada sekitar Pasir Gudang telah menerima sumbangan yang diusahakan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi. Sumbangan bernilai RM 100 per bulan yang dibelanjakan oleh setiap penerima adalah merupakan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Johor kepada penerima penerima E-Kasih.
Sehubungan dengan itu, Pihak Majlis Bandaraya Pasir Gudang ( MBPG ) melalui Yayasan Pasir Gudang bertanggungjawab dan sentiasa komited dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan komuniti yang berada di dalam kawasan ini sentiasa terjamin.
Di kesempatan ini, Yayasan Pasir Gudang berharap dengan sedikit bantuan dan rezeki yang telah dikongsikan dapat membantu meringkan beban mereka. Lebih – lebih lagi mereka yang meraikan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
🔥 Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin





