WALKABOUT PEMBELIAN & PENYERAHAN SUMBANGAN DAPUR KASIH JOHOR 2025 ( SIRI 2)
PASIR GUDANG | 5 Jun 2025: Yayasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang bersama pejabat YB ADUN Permas telah berjaya menyempurnakan Walkabout Pembelian & Penyerahan Sumbangan Dapur Kasih Johor 2025 ( Siri 2) bagi bulan April sehingga Jun di Pasaraya Besar Maydin, Taman Rinting.
Seramai 62 penerima dari sekitar Pasir Gudang telah menerima sumbangan bernilai RM100 perbulan bagi tujuan pembelian barangan makanan harian dan keperluan untuk mereka memasak. Program yang berkonsepkan keluarga angkat ini adalah merupakan inisiatif YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi sebagai usaha untuk membasmi kemiskinan yang berada di dalam Negeri Johor.
Sehubungan itu, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) melalui Yayasan Pasir Gudang bertanggungjawab dan sentiasa komited dalam memastikan bahawa maklumat penerima adalah sah dan mereka benar-benar berkelayakan untuk menerima insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor.
Di kesempatan ini, Yayasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang berharap dengan sedikit bantuan yang dihulurkan dapat meringankan beban mereka. Lebih – Lebih lagi mereka yang sedang membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.
🔥 Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin





