LAWATAN KEBAKARAN & ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

PASIR GUDANG | 9 Julai 2025 – Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang, Tuan Haji Razani dan Encik Danial Syafiq dari Jabatan Kesejahteraan Komuniti dan Pelancongan MBPG telah membuat lawatan ke kediaman mangsa kebakaran di Taman Nusa Damai.

Lawatan pertama dimulakan di kediaman mangsa kebakaran, Encik Mohd Malsiz bin Ahmad Nazir, 43 tahun, yang mengalami kerosakan teruk terutamanya di bahagian dapur. Keseluruhan ruang dapur dilaporkan musnah dalam insiden kebakaran yang berlaku baru-baru ini. Walaupun api berjaya dipadamkan, kediaman tersebut tidak lagi boleh didiami. Buat masa ini, beliau sekeluarga menetap sementara di rumah tumpangan berdekatan taman perumahan.

Ziarah diteruskan ke rumah Muhammad Haikal bin Zainal, 19 tahun, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada April 2025. Insiden tersebut telah menyebabkan beliau mengalami kecederaan serius termasuk koyakan pada hati, luka pada buah pinggang serta patah tulang tangan dan kaki sebelah kanan. Beliau telah menjalani beberapa pembedahan, termasuk pemasangan besi, dan kini masih dalam proses pemulihan.

Yayasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang berharap agar bantuan yang dihulurkan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung oleh kedua-dua keluarga ini dalam menghadapi ujian yang tidak diduga.

Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk perkembangan & maklumat yang terkini.

#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top