ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

TEBRAU | 10 Julai 2025 – Dalam lanjutan siri Ziarah Kasih Yayasan Pasir Gudang, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang, Tuan Haji Zuraimi berserta Encik Danial Syafiq ( MBPG ) meneruskan lagi lawatan ke kediaman tiga pesakit kronik di sekitar Taman Kota Masai dan Kg Sentosa.

[ PERTAMA }
 
Rokiah binti Hamzah, 61, menghidap kencing manis sejak 20 tahun yang lalu. Beliau telah menjalani pembedahan di bahagian ibu jari kaki untuk membuang jangkitan kuman. Kini, keadaan beliau diuruskan oleh ahli keluarga dan masih mendapatkan rawatan susulan di hospital. 

[ KEDUA ]
Laila binti Arasad, 65, mengalami strok dibahagian separuh kiri badan sejak Mei 2025. Beliau telah menjalani rawatan dan mendapat rawatan tradisional. Kini, keadaan beliau semakin pulih namun beliau masih perlu mendapatkan bantuan ahli keluarga untuk bergerak.

[ KETIGA ]
Saiful Khair bin Ahmad, 57, menghidap sakit lemah jantung dan paru-paru berair sejak Jun 2025. Pada awalnya, beliau mengalami simptom sesak nafas dan kesihatan badan yang semakin merosot. Kini, keadaan beliau telah mendapatkan rawatan dan masih lagi menerima rawatan susulan secara berkala. 

Yayasan Pasir Gudang bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang sentiasa mendoakan mereka supaya sentiasa kuat dan dikurniakan kesabaran untuk menjalani rawatan sehingga pulih seperti sedia kala.

Turut serta, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang, Encik Zainal Dan Puan Hasnina beserta Ahli Majlis Bandaraya MBPG, Puan Hajah Rap’enah. 

Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk maklumat dan perkembangan terkini. 
#YayasanPasirGudang 
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top