ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
Tuan Haji Zuraimi (YPG) meluangkan masa menziarahi empat individu yang sedang berdepan dengan sakit kronik. Walaupun hidup mereka penuh cabaran, namun senyuman yang terukir sewaktu dikunjung membuktikan bahawa kehadiran mereka yang prihatin mampu memberi dorongan serta kekuatan untuk terus melangkah.
. Puan Jamilah – menghadapi kegagalan buah pinggang dan oku penglihatan.
. Puan Rokimah – Pesakit kanser payudara tahap 2
. Encik Ahmad Mushadat – pesakit jantung dan mempunyai rekod kesihatan seperti Gout.
. Puan Linawati – Pesakit kanser payudara tahap 4.
Turut serta, Encik Zainal dan Puan Hasnina ( ALPA YPG ) beserta Encik Paudzi ( JKKP MBPG ).
