Sesi Penyerahan Bantuan IPT anjuran bersama Luvata Malaysia Sdn Bhd Dan Yayasan Pasir Gudang

Sesi Penyerahan Bantuan Kemasukan ke IPT anjuran bersama Luvata (Malaysia) Sdn. Bhd dan Yayasan Pasir Gudang telah disempurnakan oleh YB Bahar bersama Encik Saw Yee Hoe, Pengarah Urusan Luvata (Malaysia) Sdn. Bhd.

Kali ini 10 orang pelajar daripada kawasan sekitar Majlis Bandaraya Pasir Gudang menerima bantuan sumbangan tunai, sebagai bentuk usaha membantu dan menyokong perjalanan akademik mereka. Pihak Luvata Sdn. Bhd. terinspirasi dari program yang telah dijalankan oleh pihak Yayasan Pasir Gudang dan berhasrat kali ini untuk menabur CSR membantu beberapa orang pelajar.

Setiap tahun pihak Luvata Sdn. Bhd. juga berkongsi rezeki dengan Yayasan Pasir Gudang membantu mana-mana pelajar yang bakal memulakan sesi awal persekolahan.

Yayasan Pasir Gudang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Luvata (Malaysia) Sdn. Bhd atas inisiatif penajaan ini. Diharapkan lebih banyak lagi industri-industri di Pasir Gudang dapat menyumbang ke arah perkara sebegini. Berharap ini menjadi pemangkin untuk lebih banyak syarikat swasta turut serta menyokong inisiatif membantu komuniti setempat.

Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasan untuk maklumat terkini. 

#YayasanPasirGudang 
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top