ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

YB Senator Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman bersama Tuan Haji Zuraimi (ALPA YPG) berpeluang menziarahi rakan kerja, Encik Aznan di Taman Kota Masai.

Kunjungan ini diadakan bagi menzahirkan keprihatinan serta memberikan sokongan moral kepada Encik Aznan yang difahamkan menghidap sakit saraf sejak awal September 2025. Beliu juga turut mengalami masalah urat pada bahagian pinggang hingga ke bawah betis.

Dalam kesempatan tersebut, Yayasan Pasir Gudang juga turut menyampaikan sumbangan sebagai tanda prihatin bagi meringankan beban keluarga beliau yang kini menguruskan sepenuhnya keadaan Encik Aznan.

Turut serta, Puan Hasnina ( ALPA YPG ) dan Hajah Rap’enah ( AHLI MAJLIS MBPG ) beserta Puan Noraini ( JKKP MBPG )

Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top