ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
Tuan Haji Zuraimi ( ALPA YPG ) meneruskan lagi kunjungan Ziarah Kasih ke kediaman beberapa pesakit kronik di sekitar Taman Cahaya Masai dan Taman Kota Masai.
Kunjungan ini diadakan untuk menyalurkan perhatian serta memberi ruang berkongsi rasa bersama mereka yang sedang diuji kesihatan, di samping menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga.
* Adik Nuralyaa Safiah, yang mengalami sakit usus berpunca daripada apendiks.
* Puan Norhailina Kang, yang menghidap penyakit osteoporosis sehingga menyebabkan tulang belakang bengkok.
* Puan Norini, yang menderita strok pada bahagian kiri anggota badan sejak tahun 2018.
Turut serta, Puan Hasnina ( ALPA YPG ) dan Puan Hajah Rap’enah ( AHLI MAJLIS MBPG ) beserta Puan Noraini ( JKKP MBPG )
Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#yayasanpasirgudang
#ypgprihatin
