PROJEK ERA: ARTIFICIAL INTELLIGENCE WORKSHOP ( 30 INDIAN COMMUNITY ENTREPERNUER )
Baru-baru ini, Yayasan Pasir Gudang telah berjaya menganjurkan Artificial Intelligence Workshop bertempat di Taman Sierra Perdana.
Program ini disertai 30 orang usahawan kecil daripada komuniti India dan kursus yang dilaksanakan secara PERCUMA.
Penganjuran bengkel ini bertujuan memberi pendedahan awal tentang penggunaan teknologi Artificial Intelligence (A.I) dalam bidang keusahawanan, di samping membuka ruang kepada para peserta khususnya komuniti usahawan india untuk meningkatkan pengetahuan serta menambah kemahiran digital selaras dengan perkembangan semasa.
Melalui bengkel ini juga, para peserta mendapat manfaat dalam bentuk kefahaman asas dan idea baharu untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan serta peluang menjadikan teknologi tersebut sebagai alat untuk berdaya saing.
Usaha ini sekali gus menunjukkan komitmen Yayasan Pasir Gudang dalam memperkasa komuniti usahawan setempat agar lebih bersedia menghadapi cabaran ekonomi digital pada masa hadapan.
Majlis penutupan disempurnakan oleh YB Bahar, ADUN Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang.
