LAWATAN KE KEDIAMAN BENCANA
ANGIN KENCANG
Susulan maklumat yang diberikan semalam, Yayasan Pasir Gudang telah turun padang menziarahi tiga buah rumah di Taman Mawar, Pasir Gudang yang terlibat dalam musibah angin kencang pada 27 September 2025.
Kerosakan pada kediaman mereka, antaranya bumbung pecah, bahagian dapur rosak serta garaj rumah yang turut terjejas.
Antara keluarga yang terlibat ialah:
* Encik Muhammad Azam
* Encik Abdul Malik
* Encik Munisvaran
Diharapkan sumbangan yang kecil ini sedikit sebanyak dapt meringankan beban musibah yang berlaku. Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar semua keluarga yang terkesan tabah menghadapi ujian ini, serta dipermudahkan segala urusan baik dari segi keselamatan, kediaman mahupun kesejahteraan keluarga.
Turut menyampaikan, Tuan Haji Hashim Marsidi, Timbalan Pengerusi JKPZ Mawar
Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
