ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
Tuan Haji Zuraimi ( ALPA YPG ) telah turun padang ke Taman Kota Masai bagi menyantuni tiga individu yang sedang melalui cabaran hidup berbeza. Lawatan ini bukan sekadar menyampaikan bantuan, tetapi juga meninjau sendiri keadaan mereka.
* Adik Abu Zafri – terlibat kemalangan jalan raya ketika pulang berjalan kaki dari sekolah.
* Onnie anak Sedanah – mengalami jangkitan kuman pada kaki serta mempunyai rekod kesihatan seperti diabetes kronik dan masalah kulit.
* Ahmad Aslam – terlibat kemalangan jalan raya pada awal September 2025, koma selama tiga hari dan menerima rawatan di hospital selama dua minggu.
Turut hadir, Puan Hasnina ( ALPA YPG ) dan Encik Paudzi ( JKKP MBPG )
Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
