LAWATAN KE KEDIAMAN BENCANA ANGIN KENCANG & PESAKIT KRONIK
Setelah menjalankan siasatan lapangan, Yayasan Pasir Gudang bersama Saudara Madyasir (Ahli Majlis MBPG) telah turun padang ke Zon Masai bagi meninjau dua buah kediaman yang rosak akibat angin kencang serta menziarahi seorang pesakit strok.
Encik Abdul Kadir (mangsa) mengalami kerosakan teruk pada bumbung biliknya apabila sebahagian besar atap rumahnya ranap sepenuhnya, manakala Encik Kamaruzaman (mangsa) berdepan masalah atap tercabut sehingga menyebabkan rumahnya bocor dan masih belum dibaik pulih.
Lawatan tersebut turut singgah ke rumah Encik Pardy yang menghidap strok sejak Ogos 2025. Beliau kini terlantar dengan komplikasi penglihatan dan diurus sepenuhnya oleh ahli keluarganya.
Sumbangan serta lawatan ini dilaksanakan bagi menilai keperluan semasa mangsa dan memastikan bantuan yang bersesuaian dapat disalurkan, sekali gus meringankan beban mereka yang terjejas.
Turut hadir, Encik Paudzi ( JKKP MBPG ) dan Encik Indraputra, Ketua Kg Baru Masai.
Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
