SUMBANGAN PEMBELIAN BARANG DAPUR SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI ( PASIR GUDANG )
Yayasan Pasir Gudang telah berjaya menyempurnakan Sesi Pembelian dan Penyerahan Sumbangan sempena Perayaan Hari Deepavali yang berlangsung di Pasaraya Besar Mydin, Taman Rinting.
Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban mereka dalam kehidupan seharian, malah turut memberi peluang kepada masyarakat India membuat persiapan awal untuk menyambut perayaan hari Deepavali tidak lama lagi.
YB Tuan Haji Baharudin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang (YPG), turut berkesempatan hadir memantau perjalanan program. Kehadiran beliau bukan sahaja memastikan kelancaran sesi pembelian dan penyerahan, malah beliau juga sempat beramah mesra bersama para penerima.
Usaha ini sekali gus mencerminkan keprihatinan Yayasan Pasir Gudang dalam berkongsi keceriaan dan rezeki kepada masyarakat India di kawasan setempat agar dapat menyambut perayaan dengan lebih bermakna bersama keluarga.
Turut hadir, Encik Guru Naidu ( ALPA YPG ) & Encik Razani ( AHLI MAJLIS MBPG ) berserta Encik Paudzi ( JKKP MBPG ) Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
