SESI PEMBELIAN & SUMBANGAN SEMPENA PERAYAAN HARI DEEPAVALI ( TEBRAU )

Yayasan Pasir Gudang sekali lagi berjaya menyempurnakan Sesi Pembelian dan Sumbangan Perayaan Hari Deepavali 2025 (Tebrau) yang diadakan di Pasaraya Lotus, Kota Masai.

Program ini bukan sekadar inisiatif kebajikan, malah menjadi medium untuk Yayasan Pasir Gudang berkongsi rezeki sambil menyemai semangat positif serta rasa syukur dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

YB Senator Dato’ Haji Abdul Halim, Ahli Dewan Negara, turut berkesempatan hadir bagi memantau perjalanan program, beramah mesra dengan para penerima serta menzahirkan komitmen dalam memastikan kebajikan komuniti di kawasan Tebrau terus menjadi keutamaan.

Diharapkan usaha dan inisiatif ini dapat membantu para penerima membuat persiapan awal bagi menyambut perayaan Deepavali bersama keluarga tercinta dalam suasana penuh kegembiraan dan keharmonian.

Turut hadir, YB Tuan Haji Azizul, ADUN Tiram, Encik Zainal & Puan Hasnina ( ALPA YPG ) serta Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang ( MBPG )

Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top