KURSUS PENGHASILAN VIDEO PERNIAGAAN MENGGUNAKAN ARTIFICIAL INTELLIGENCE
Yayasan Pasir Gudang (YPG) dengan kerjasama Kolej Komuniti Pasir Gudang telah berjaya melaksanakan Projek ERA: Kursus Penghasilan Video Perniagaan Menggunakan Artificial Intelligence (A.I)
Kursus jangka pendek ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik penghasilan video pemasaran menggunakan teknologi A.I sebagai medium promosi yang kreatif dan efisien. Teknologi yang mampu mengubah teks, audio serta visual ini boleh digunakan tanpa memerlukan kemahiran yang kompleks.
Sehubungan itu, kursus ini merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan bagi membantu para peserta untuk menjana pendapatan dengan cara yang lebih mudah, pantas dan berbaloi. Secara tidak langsung, usaha ini juga dapat memperkukuh ekonomi keluarga serta meningkatkan kesejahteraan hidup mereka.
YB Tuan Haji Baharudin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang ( YPG ) turut berkesempatan hadir bagi memantau perjalanan program serta meninjau hasil kerja yang dipamerkan oleh para peserta. Kehadiran beliau turut memeriahkan suasana apabila beliau sempat beramah mesra dan berinteraksi secara santai bersama para peserta yang mengambil bahagian.
Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#ypgprihatin
#YayasanPasirGudang
