ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
Yayasan Pasir Gudang (YPG) terus menzahirkan komitmen terhadap kesejahteraan masyarakat dengan menyantuni empat individu yang mengalami sakit kronik di sekitar Taman Kota Masai.
Puan Norhayati, menghidap kegagalan buah pinggang, diabetes kronik serta darah tinggi. Keadaan kesihatan beliau dilaporkan semakin merosot dan kini memerlukan rawatan berterusan.
Encik Mohd Shukri, mengalami strok separuh badan sejak sepuluh tahun lalu. Beliau turut berdepan dengan masalah saraf di bahagian kaki dan tangan sejak tahun 2017.
Encik Saroni mengalami strok di bahagian kanan badan serta penyakit diabetes kronik dan jantung. Sehingga kini, beliau masih belum mampu berjalan sepenuhnya.
Encik Nordin, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada bulan September yang lalu. Insiden tersebut menyebabkan beliau mengalami patah bahu kiri, retak tulang rusuk serta kebocoran paru-paru.
Turut hadir, Encik Zainal & Puan Hasnina ( ALPA YPG )
Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang #ypgprihatin
