ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
Yayasan Pasir Gudang ( YPG ) terus komited mendekati masyarakat yang memerlukan. Kali ini, pasukan YPG turun padang menziarahi empat pesakit kronik di sekitar Kota Masai bagi menghulurkan bantuan serta mencari ruang membantu dengan lebih bermakna.
* Adik Nur Adlina, Seorang pelajar yang menghidap penyakit buah pinggang dan kini menjalani rawatan dialisis secara berkala. Beliau juga memerlukan suntikan tambahan darah setiap minggu di hospital bagi menstabilkan keadaan kesihatannya.
* Encik Rosni, menghidap penyakit buah pinggang sejak tahun 2017 akibat komplikasi diabetes kronik. Selain itu, beliau turut mempunyai rekod kesihatan strok pada bahagian kanan badan, dari bahu hingga ke paras kaki.
* Encik Azlan, terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Senai–Desaru ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Beliau kini masih menjalani rawatan fisioterapi dan memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak.
* Puan Rohaida, menghidap diabetes kronik sejak 19 tahun yang lalu dan kini menjalani rawatan dialisis secara tetap. Beliau juga telah menjalani prosedur pembedahan bagi membina tapak fistula untuk rawatan tersebut.
Turut hadir, Encik Zainal & Puan Hasnina (ALPA YPG) serta Encik Paudzi (JKKP MBPG)
🔥 Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
