ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
Kunjungan Yayasan Pasir Gudang (YPG) ke kediaman empat individu di Kota Masai telah menjadi medium bagi Yayasan Pasir Gudang (YPG) bagi meneruskan usaha untuk menyalurkan sumbangan dan memberikan semangat kepada pesakit kronik seperti mereka.
* Puan Rozazilah mengalami strok sejak Oktober 2025. Pada awalnya beliau mengalami sakit kepala dan muntah-muntah. Kini, beliau sukar untuk bercakap serta terlantar.
* Puan Foziah menghadapi komplikasi penglihatan dan paru-paru yang dijangkiti kuman. Beliau turut mempunyai rekod penyakit kronik termasuk diabetes dan tekanan darah tinggi. Pada masa ini, beliau masih menerima rawatan lanjut di hospital.
* Puan Rokiah menghidap diabetes kronik sejak tahun 2010 dan baru-baru ini disahkan mengalami sakit buah pinggang tahap 3 sejak awal November 2025. Keadaan beliau kini turut terjejas dari segi penglihatan asbab mempunyai rekod diabetes kronik.
* Encik Azman diserang strok di bahagian wajah dan telah mengalami dua serangan strok pada tahun ini. Selain itu, beliau juga mempunyai rekod kesihatan lain seperti kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi. Kini, keadaan beliau diuruskan ahli keluarga.
Turut hadir, Encik Zainal (ALPA YPG) serta Encik Paudzi (JKKP MBPG).
🔥 Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
