FINAL GEAR ROAD TO SPM 2025
SMK TANJUNG PUTERI RESORT
Dalam usaha memperkasakan masyarakat yang berilmu di bawah Pentadbiran Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Yayasan Pasir Gudang (YPG) telah berjaya melaksanakan sekali lagi Program Final Gear: Road to SPM 2025 yang diadakan di SMK Tanjung Puteri Resort.
Pelaksanaan program ini bertujuan bagi memastikan para pelajar bukan sahaja memahami kandungan maklumat, tetapi juga mampu mengaplikasikan strategi untuk menjawab kertas soalan dengan lebih efektif dan terarah setelah melalui sesi bimbingan bersama tenaga pengajar yang berpengalaman.
Majlis penutupan turut diserikan dengan kehadiran Puan Fadilah, Wakil Rasmi Ahli Dewan Negara iaitu YB Senator Dato’ Haji Abdul Halim. Beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak serta menekankan pentingnya sokongan komuniti dalam membina keyakinan pelajar menjelang SPM.
Di kesempatan ini, Yayasan Pasir Gudang mengucapkan selamat maju jaya kepada para pelajar dan berharap agar dengan segala sokongan yang telah diberikan, sedikit sebanyak membantu para pelajar ini semasa menduduki peperiksaan bertulis pada 25 November 2025 kelak.
Turut hadir, Encik Zainal (ALPA YPG) dan Puan Rozila, Pengetua SMK Tanjung Puteri Resort serta Encik Ghazali, YDP PIBG SMK Tanjung Puteri Resort.
🔥 Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
