ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

Hari ini, pasukan Yayasan Pasir Gudang (YPG) turun padang ke Taman Megah Ria dan Taman Rinting bagi menyantuni tiga individu yang menghadapi permasalahan berbeza.

* Adik Maryam – mempunyai bentuk kepala yang tidak seimbang sejak lahir dan dijadualkan menjalani pembedahan dalam beberapa hari lagi bagi membentuk semula struktur tengkoraknya. Walaupun begitu, keadaan beliau dilaporkan stabil, masih aktif bermain dan tidak menunjukkan sebarang masalah berkaitan saraf.

* Encik Hazmin – patah tulang punggung selepas terjatuh dari pokok ketika cuba mengambil buah untuk isterinya. Beliau telah menjalani pembedahan memasang besi bagi menyokong tulang tersebut. Kini, beliau masih dalam proses pemulihan dan perlu menjalani rawatan fisioterapi. 

* Encik Mohammad- menghidap jangkitan kuman pada bahagian hati sehingga menyebabkan pengumpulan nanah. Beliau telah menjalani rawatan di hospital selama 45 hari, dan kini masih menerima rawatan susulan secara berkala.

Setiap pintu yang kami ketuk, ada cerita. Ada air mata, ada senyuman. Kadang bukan sumbangan yang buat mereka lega, tetapi rasa ‘tak dilupakan’ itu yang paling besar maknanya.

🔥 Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.

#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top