Puan Zakiah Binti Ahmad antara peserta yang terpilih menyertai Projek ERA Wanita Niaga Yayasan Pasir Gudang. Projek ERA Wanita Niaga ini merupakan insiatif yang dilakukan oleh Yayasan Pasir Gudang dalam membantu menyediakan idea dan kemahiran yang boleh meningkatkan ekonomi dan pendapatan keluarga. Program ini dirancang khas untuk wanita sama ada mereka dari kumpulan anak muda, suri rumah ataupun ibu tunggal. Program ini memberi kemahiran jangka pendek dan sesuai dilaksanakan di rumah dengan kos yang sederhana serta memperoleh hasil pendapatan pulangan modal dan keuntungan segera.

Seperti yang dikatakan oleh Puan Zakiah Binti Ahmad, program ini sangat bermanfaat kepada golongan wanita sepertinya. Program sebegini dapat membantu meningkatkan kemahiran golongan wanita sama ada suri rumah sepenuh masa atau bekerja. Peserta dapat mempelajari idea yang menjadi ‘trend’ semasa dan mendapat tempat dalam pasaran tempatan.

Pada waktu ini, ramai yang terkesan disebabkan pandemik Covid-19. Arahan kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengehadkan segala pergerakan semasa ataupun pada masa akan datang. Tujuan melaksanakan Projek ERA Wanita Niaga ini bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran individu bahkan dapat menambah pendapatan sampingan untuk keluarga. Peserta mempunyai ruang memasarkan produk atau idea sedia ada di media sosial yang kini menjadi saluran jual beli dalam kalangan masyarakat.

Yayasan Pasir Gudang telah melaksanakan beberapa siri sebelum ini dan akan terus melaksanakan untuk siri-siri yang akan datang (selepas PKP). Moga dengan ikhtiar Yayasan Pasir Gudang dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik di luar sana. Yayasan Pasir Gudang sentiasa bersedia membantu semampu dan seadanya.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top