Pada pagi ini, sesi agihan Bakul Bantuan Makanan telah diagihkan untuk kawasan Taman Scientex. Sesi agihan ini merupakan antara sesi yang dilakukan secara berperingkat dan dilakukan penyerahan dari rumah ke rumah mengikut SOP yang ditetapkan.
Setiap kawasan penyerahan diketuai oleh Saudara Noor Azleen Bin Ambros, diikuti Encik Noraizam Rowaji dan Saudara Madyasir Bin Ahmad Basir, Ahli Majlis MBPG.