Esok 7 Februari 2021, Yayasan Pasir Gudang akan menghantar sumbangan bersempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi. Yayasan Pasir Gudang mengambil kesempatan ini berjumpa dan menyantuni masyarakat Tiong Hua yang kurang bernasib baik.
Sudah pastinya keluarga yang kurang bernasib baik ini terkesan akibat Covid-19 dan lebih-lebih lagi kita masih terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Yayasan Pasir Gudang akan ke rumah mereka dan menghantar bantuan makanan serta wang perbelanjaan bagi menceriakan suasana perayaan tahun ini.
Yayasan Pasir Gudang mengucapkan terima kasih kepada para dermawan dan penyumbang yang sentiasa menyokong usaha Yayasan Pasir Gudang sehingga kini.
#PasirGudangPrihatin