Yayasan Pasir Gudang meneruskan pembahagian Bantuan Pendaftaran IPTA/S yang tertangguh sejak Januari lalu disebabkan PKP. Seramai 29 orang mahasiswa yang berjaya memasuki peringkat institusi pengajian tinggi mendapat bantuan RM 300 daripada Yayasan Pasir Gudang.
Bantuan ini adalah kesinambungan dari permohonan Oktober sehingga Disember 2020 yang lalu. Memandangkan pengajian mereka akan bermula 1 Mac 2021 ini, Yayasan Pasir Gudang ambil kesempatan menyerahkan bantuan tersebut kepada mereka.
Yayasan Pasir Gudang memahami bantuan yang diberikan kepada mereka sememangnya amat bermakna. Ada dalam kalangan mereka juga dari keluarga yang kurang berkemampuan. Maka dengan sumbangan ini, boleh digunakan bagi urusan kemasukan nanti sama ada kos pengangkutan ke universiti ataupun alat bantu belajar.
Sumbangan ini juga merupakan satu bentuk penghargaan kepada mereka kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tahniah kerana terpilih untuk belajar di sana dan Yayasan Pasir Gudang sentiasa mendoakan
kejayaan mereka semua.

