Pada hari ini, Yayasan Pasir Gudang akan meneruskan usaha Sumbangan Beg Sekolah Yayasan Pasir Gudang kepada 29 buah sekolah. Sebahagian sekolah telah selesai menerimanya dalam perancangan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Serahan kali ini diberikan kepada pihak pengurusan sekolah berdasarkan senarai yang telah dikemukakan dan akan diagihkan kepada pelajar apabila sesi persekolahan bermula.
 
Sebanyak 2,000 beg sekolah akan diagihkan di mana 1,500 beg sekolah disumbangkan oleh Yayasan Pasir Gudang manakala 500 beg lagi disumbangkan oleh Syarikat Southern Power Generation Sdn Bhd. Terima kasih atas kerjasama pada kali ini.
Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top