Hari ini, Tuan Haji Herman Irmadi Bin Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah mewakili Yayasan Pasir Gudang menyantuni beberapa rumah untuk diziarahi.
Rumah pertama di Kampung Cahaya Baru untuk berjumpa adik Mohammad Sollehin Bin Mohd Zaid yang kini terlantar akibat terjatuh dari bumbung rumah. Adik Sollehin yang berumur 17 tahun, sepatutnya dijadualkan menduduki peperiksaan SPM 2020 tetapi tidak berupaya kerana kejadian yang tidak diingini berlaku.
Kejadian berlaku pada 31 Disember tahun lalu, di mana adik Sollehin terjatuh dari bumbung rumah ketika membaiki atap bumbung yang rosak. Keadaan ini mengakibatkan kecederaan teruk pada bahagian kepala, bahu kanan patah dan bahagian tengkuk tulang. Kesan daripada kecederaan yang dialami oleh adik Sollehin menyebabkan beliau tidak boleh bercakap dan hanya minum susu serta menggunakan lampin untuk urusan diri.
Alhamdulillah, Adik Sollehin menerima bantuan wakaf mesin sedut kahak dan katil daripada Ihsan Johor. Yayasan Pasir Gudang berkesempatan menghulurkan sumbangan susu, lampin, keperluan makanan dan sedikit wang perbelanjaan pesakit kepada warisnya.


Salurkan sumbangan ke account Yayasan Pasir Gudang :
Bank Islam Berhad (BIMB)
Yayasan Pasir Gudang
01087010046859
ATAU
KLIK “SUMBANGAN” DI BAWAH UNTUK SUMBANG :
(Reference : ADIK sollehin]
Rumah kedua di Taman Cahaya Masai berjumpa adik Dania Batrisyia Binti Abdul Halim yang mengalami sakit saraf tulang belakang sejak bulan Disember tahun lalu. Adik Dania merupakan mahasiswi UKM yang mengambil jurusan Sains Persekitaran. Adik Dania mendapatkan rawatan susulan dan fisioterapi di Hospital Sultanah Ismail dan Hospital Sultanah Aminah. Setiap 2 minggu adik Dania perlu menjalani jadual yang telah ditetapkan.
Alhamdulillah selepas melakukan beberapa sesi fisioterapi, keadaan adik Dania semakin pulih iaitu adik Dania sudah boleh makan seperti biasa. Berbeza sebelum ini beliau hanya boleh makan bubur sahaja. Rombongan kami juga dihadiahkan dengan senyuman menandakan ada perkembangan positif di wajahnya. Walau bagaimanapun, proses pembuangan air perlu dibantu oleh keluarga kerana tiada deria rasa pada adik Dania. Yayasan Pasir Gudang menghulurkan sumbangan lampin pakai buang, barangan makanan dan juga sedikit wang perbelanjaan kepada adik Dania bagi meringankan sedikit perbelanjaan adik Dania kelak.
Salurkan sumbangan ke account Yayasan Pasir Gudang :
Bank Islam Berhad (BIMB)
Yayasan Pasir Gudang
01087010046859
ATAU
KLIK “SUMBANGAN” DI BAWAH UNTUK SUMBANG :
(Reference : ADIK dania]
Rumah terakhir kunjungan Yayasan Pasir Gudang di kediaman Encik Muhammad Amirullah Bin Mat Yusoff. Encik Amirullah bekerja sebagai pemandu towing dan mengalami kemalangan jalan raya pada Januari 2021 baru baru ini. Kejadian berlaku apabila kenderaan motorsikal yang dinaikinya (ketika sedang bekerja) berlanggar dengan kereta. Akibat daripada kemalangan itu menyebabkan tangan kanan patah dan saraf pada kedua-dua belah tangan terganggu terutamanya di bahagian tangan kanan.
Encik Amirullah dalam proses permohonan SOCSO bagi mendapatkan pampasan kemalangan.
Yayasan Pasir Gudang mendoakan kesemua pesakit yang diziarahi diberikan kesihatan yang baik. Tabah dan kuat semangat dalam menjalani kehidupan pada masa mendatang.
#PasirGudangPrihatin