SEKEPING SUMBANGAN SERIBU MAKNA DARI YAYASAN PASIR GUDANg

Rabu, 03 Mac 2021. Kunjungan Yayasan Pasir Gudang (YPG) di Hari Pendaftaran Pelajar Baru Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) bagi menghulurkan sumbangan “Face Shield” kepada pelajar. Usaha yang bermakna ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan langkah mengekang penularan wabak COVID19 di kalangan warga pelajar.

Hadir bersama menghulur sumbangan ini ialah Encik Nazri bin Tangis, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Pasir Gudang dan En. Madyasir Ahmad Basir, Ahli Lembaga Majlis, Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Turut hadir pada penyerahan “face shield” ini ialah En. Noor Azmi bin Asmawi, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, PIS dan En. Abu Bakar Bin Abdul Hamid, Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, PIS.

Besar harapan hubungan kerjasama diantara YPG dan PIS akan terus erat terjalin. ‘Sekeping Sumbangan Seribu Makna’ begitulah yang dapat digambarkan dalam melaksanakan usaha murni seperti ini. Semoga sumbangan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan menjadi contoh yang bermakna buat semua.

Credit | Sumber : Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top