Pada petang tadi wakil Yayasan Pasir Gudang, Encik Nazri Bin Tangis, ALPA YPG telah selesai berkunjung beberapa rumah di kawasan Taman Kota Masai.
Kunjungan rumah pertama bermula di kediaman Encik Mohd Radzi Bin Sayuti. Encik Radzi menderita sakit buah pinggang (dialisis) sejak bulan Ogos tahun lalu. Sebelum ini Encik Radzi bekerja kontrak dan kini tidak bekerja. Encik Radzi sering melakukan rawatan dialisis di Taman Seri Setia, Johor Bahru. Kos pengangkutan untuk melakukan rawatan dialisis adalah tanggungan sendiri. Alhamdulillah pampasan SOCSO menanggung separuh kos perubatan dialisis Encik Radzi. Encik Radzi mendapat bantuan pencen ilat RM 940 (belum sah kos) dan hanyalah ihsan sementara. Permohonan Baitulmal telah dipohon dan keputusan masih dalam proses.
Salurkan sumbangan ke account Yayasan Pasir Gudang :
Bank Islam Berhad (BIMB)
Yayasan Pasir Gudang
01087010046859
ATAU
KLIK “SUMBANGAN” DI BAWAH UNTUK SUMBANG :
(Reference : ADIK alif]
Selesai ziarah ke rumah pertama diteruskan ke kediaman seterusnya iaitu rumah Encik Atan Bin Ali. Encik Atan diduga dengan pendarahan di otak. Kejadian bermula pada 20 Disember tahun lalu di mana Encik Atan pengsan pada waktu pagi dan apabila rawatan susulan dilakukan pada 24 Disember tahun lalu, doktor mengesahkan Encik Atan mengalami pendarahan otak. 18 hari koma di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan 35 hari ditahan di HSA bagi mendapatkan rawatan.
10 Februari 2021 lalu, barulah dibenarkan pulang ke rumah dan kini Encik Atan terlantar di rumah serta ingatannya juga terjejas. Alhamdulillah, kini ingatan Encik Atan kembali pulih dan berupaya untuk duduk dan berjalan tetapi tidak lama dan memerlukan tongkat. Encik Atan menggunakan lampin pakai buang dewasa untuk urusan diri. Sebelum ini Encik Atan bekerja di kilang dan kini mengambil cuti sakit kerja sehingga 7 Mac 2021. 2 minggu sekali, Encik Atan akan melakukan rawatan kesihatan di Hospital Sultanah Aminah. Sumbangan lampin dewasa dan barang keperluan telah disalurkan kepada Encik Atan.
![](https://mlnljar5hnab.i.optimole.com/cb:Kbu0.4ff10/w:816/h:816/q:mauto/f:best/ig:avif/https://yayasanpasirgudang.org.my/wp-content/uploads/2021/03/Encik-Atan.png)
Salurkan sumbangan ke account Yayasan Pasir Gudang :
Bank Islam Berhad (BIMB)
Yayasan Pasir Gudang
01087010046859
ATAU
KLIK “SUMBANGAN” DI BAWAH UNTUK SUMBANG :
(Reference : ADIK alif]
![](https://mlnljar5hnab.i.optimole.com/cb:Kbu0.4ff10/w:816/h:816/q:mauto/f:best/ig:avif/https://yayasanpasirgudang.org.my/wp-content/uploads/2021/03/Adik-Izzat.png)
Ziarah seterusnya ke kediaman adik Muhammad Izzat Haikal Bin Mohd Fuad. Adik Izzat baru berumur 17 tahun dan menghidap sakit jantung berlubang. Sakit adik Izzat bermula pada bulan July tahun lalu di mana adik Izzat diserang sakit denggi dan 3 bulan kedepan (Oktober), doktor mengesahkan adik Izzat mempunyai jantung berlubang sebesar 50 sen selepas menjalani pemeriksaan. Alhamdulillah kos pembedahan sudah mencukupi dan kini sedang menunggu panggilan untuk menjalankan pembedahan jantung di Institusi Jantung Negara (IJN). Doktor menyarankan adik Izzat untuk mengurangkan aktiviti di luar rumah bagi menjaga kesihatan jantung adik Izzat sebelum pembedahan dilaksanakan.
Salurkan sumbangan ke account Yayasan Pasir Gudang :
Bank Islam Berhad (BIMB)
Yayasan Pasir Gudang
01087010046859
ATAU
KLIK “SUMBANGAN” DI BAWAH UNTUK SUMBANG :
(Reference : ADIK alif]
Rumah kunjungan terakhir di kediaman Encik Saiful Adzham Bin Mohamad Ramli. Encik Saiful berumur 45 tahun dan bekerja di syarikat Lotte Chemical. Encik Saiful mengalami derita sakit tulang belakang dan radang saraf. Seminggu sekali, Encik Saiful akan melakukan rawatan di Medical Centre, Kempas. Encik Saiful telah melakukan pembedahan tulang belakang dengan membuang sedikit spon yang terkeluar bergesel dengan saraf di Medical Centre, Kempas. Pembedahan ini dibayar melalui insuran Encik Saiful dan menelan kos RM 40,000. Kesan utama pembedahan ini pada Encik Saiful adalah pada tulang belakang sehingga bahagian leher. Kini, Encik Saiful mengambil cuti sakit sejak bulan Disember tahun lalu dan doktor memberi cadangan untuk pencen ilat.
Salurkan sumbangan ke account Yayasan Pasir Gudang :
Bank Islam Berhad (BIMB)
Yayasan Pasir Gudang
01087010046859
ATAU
KLIK “SUMBANGAN” DI BAWAH UNTUK SUMBANG :
(Reference : ADIK alif]
Doa dan harapan sentiasa Yayasan Pasir Gudang titipkan kepada pesakit-pesakit yang diziarahi pada hari ini agar kesihatan kembali pulih, kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan yang mendatang. Marilah kita menyumbang kepada mereka yang memerlukan agar dugaan yang mereka alami dapat diringankan dan memberi sinar harapan kepada kehidupan mereka.
#PasirGudangPrihatin