Berlangsung hari ini Projek Ekonomi Rakyat (ERA) dalam siri Pembuatan Rempah Segera Aneka Lauk yang diadakan di Balai Komuniti Kampung Kuala Masai. Seramai 22 orang peserta yang mengikuti program ini dan turut dihadiri oleh Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang.

Program ini yang bertujuan meningkatkan keterlibatan masyarakat dalam kegiatan ekonomi. Program ini memfokuskan kepada kelompok wanita bandar yang terdiri daripada miskin bandar, ibu tunggal, suri rumah. Ini sebagai satu bentuk ikhtiar bagi meningkatkan pendapatan kelurga.

Mereka yang terpilih boleh melaksanakan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan akan dipantau oleh Yayasan Pasir Gudang. Yayasan Pasir Gudang akan bersedia membantu mereka bermula dari memberikan kemahiran yang sesuai dengan kehendak semasa. Selaras dengan saranan dari Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, bahawa ‘Peningkatan pendapatan keluarga dapat membantu ketahanan keluarga’. Oleh itu, para peserta perlu mempunyai keazaman untuk berdaya saing dan berdikari dalam dunia perniagaan nanti.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top