Projek Ekonomi Rakyat (ERA) hari ini dalam siri Pembuatan Tempe dan Kerepek Tempe yang berlangsung di Balai Komuniti Tasek 64, Bandar Seri Alam. Seramai 20 orang peserta yang terlibat.

Dihadiri oleh Saudara Noor Azleen bin Ambros Ahli Majlis MBPG selaku Wakil Rasmi Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Pengerusi YPG. Turut serta para Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang, Puan Shahriah binti Ismail, Encik Yong Kok Leong, Encik Guru Naidu A/L Subramaniam dan Encik Nazri bin Tangis.

Program ini merupakan hasil tangan ataupun cetusan idea daripada Datuk Seri Pengerusi YPG bagi membantu golongan wanita dan suri rumah dalam menyumbang serta meningkatkan pendapatan keluarga. Lebih-lebih lagi pada mereka yang terjejas pada waktu ini.

Perasaan gembira dan luahan syukur dapat dilihat melalui wajah-wajah peserta yang menyertai program pada hari ini. Ilmu yang diperoleh pada hari ini merupakan peluang keemasan untuk para-para peserta untuk tingkatkan kemahiran dan pengetahuan bagi membantu meraih pendapatan tambahan  disamping boleh dijadikan sebagai satu tambahan produk jualan mereka di bawah pemantauan Yayasan Pasir Gudang. Yayasan Pasir Gudang akan bersedia membantu mereka bermula dengan memberikan kemahiran yang sesuai dengan kehendak semasa.

Ini bertepatan dengan ucapan Saudara Azleen Ambros yang menyebut,  “kemahiran yang diperoleh dan dilakukan pada hari ini bukan bermakna akan berjaya esoknya, tetapi perlu diterapkan konsistensi dan fokus terhadap matlamat iaitu membantu pendapatan keluarga serta meningkatkan kemahiran dalam berekonomi kerana terdapat banyak lagi fasa – fasa yang perlu dilalui pada masa mendatang “.

Saudara Azleen juga berpeluang melihat proses-proses mempersiapkan kacang soya yang bakal dijadikan tempe bersama peserta-peserta ERA. Semoga dengan ilmu pada hari ini dapat membuahkan hasil pada masa akan datang.

#EkonomiRakyat
#PasirGudangPrihatiN

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top