Yang Berhormat Dato’ Hj Abdul Rahman Bin Salleh, Pegawai Daerah Johor Bahru telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Kasih Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Tahun 2021. Ziarah Kasih pada hari ini melibatkan 3 buah keluarga di kawasan Taman Rinting, Bandar Seri Alam dan Tanjung Puteri Resort.

Kunjungan rumah pertama di Taman Rinting di rumah Encik Mohamad Bin Md Noh. Encik Mohamad menderita strok sebelah kanan dan darah tinggi sejak bulan Februari 2021. Sebelum menderita sakit ini, Encik Mohamad bekerja sebagai pemandu forklift dan kini hanya mampu terlantar dan menggunakan lampin pakai buang bagi urusan diri. Encik Mohamad hanya berupaya untuk minum susu bagi menggantikan makanan sebagai alas perutnya.

Lebih pilu dan sayu apabila isterinya juga merupakan pesakit yang menderita sakit buah pinggang, darah tinggi dan strok (boleh berjalan) sejak 2013. Isterinya iaitu Puan Asmah Binti Mohd Yatim melakukan rawatan dialisis di pusat hemodialisis di Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan kos rawatan dibantu oleh MAIJ.

Ziarah Kasih rumah kedua di Bandar Seri Alam kediaman Puan Zaleha Binti Katman. Puan Zaleha mengalami ketumbuhan otak sejak tahun lalu. Sakit yang dialaminya mengakibatkan Puan Zaleha terlantar di rumah dan menggunakan lampin pakai buang dan susu bagi urusan diri. Puan Zaleha telah melakukan pembedahan sebanyak dua kali dan pembedahan kali kedua menyebabkan Puan Zaleha terlantar dan perlu menggunakan mesin oksigen serta mesin sedut kahak bagi meringankan sakit yang dialaminya. Rawatan susulan perlu dilakukan sekali dalam tempoh 6 bulan.

Kunjungan rumah terakhir di Tanjung Puteri Resort, kediaman Encik Mohd Isa Bin Mohamad. Encik Mohd Isa terlantar sakit sejak bulan Disember 2019. Encik Mohd Isa terlantar akibat derita ketumbuhan otak dan pembuluh darah pada tahun 2018. Hari demi hari, kesihatan Encik Mohd Isa semakin merosot dan beliau turut mengalami parkinson dan sawan pada bulan November tahun lalu. Akibat ketumbuhan otak yang dialaminya, ingatan Encik Mohd Isa mudah lupa. Lampin pakai buang dan susu digunakan untuk urusan diri.

Turut serta dalam penyerahan ini, Pejabat Daerah Johor Bahru, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan Yayasan Pasir Gudang (YPG).

Setiap keluarga yang diziarahi pada hari ini menerima kurniaan sebanyak RM 1,000.00 daripada DYAM Tunku Mahkota Johor, wang tunai daripada MAIJ dan barangan dapur daripada Yayasan Pasir Gudang.

Semoga pemberian yang diterima dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mereka semua.

Info lanjut, berita terkini dan informasi berkaitan Yayasan Pasir Gudang boleh layari ke laman web rasmi YPG :
yayasanpasirgudang.org.my

Marilah bersama-sama Yayasan Pasir Gudang dalam membantu masyarakat yang memerlukan terutama di Pasir Gudang. Klik link di bawah untuk menyumbang : https://yayasanpasirgudang.org.my/elementor-5747/

Atau sumbang secara terus ke Akaun Yayasan Pasir Gudang :  Bank Islam (BIMB) |  01087010046859

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top