[31 Mac 2021] Hari ini, Yayasan Pasir Gudang yang diwakili oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang, Guru Naidu A/L Subramaniam telah selesai menziarahi 2 kediaman di kawasan Bandar Seri Alam.

Ziarah rumah pertama bermula di kediaman Encik Sawidi Bin Bidin. Encik Sawidi merupakan pesakit yang kehilangan penglihatan mata. Beliau hilang penglihatan selepas menjalani rawatan lazer mata pada tahun 2018 di Hospital Regency yang berpunca disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam badan dan pendarahan di kawasan saraf mata. Beliau juga merupakan pesakit dialisis sejak tahun 2018.

Insha Allah hujung bulan Mac, dirinya akan menjalani pembedahan mata di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dengan kos anggaran sebanyak RM 50,000. Sebelum ini beliau bekerja sebagai Agen Insuran dan berhenti kerja sejak kehilangan penglihatan pada tahun 2018.

Pendapatan beliau pada masa kini hanya menggunakan pencen ilat yang diterimanya. SOCSO serta Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) membantu beliau dari segi membayarkan kos rawatan dialisisnya. Beliau menceritakan keadaan penglihatanya masa kini hanya mampu melihat dalam bentuk bayang-bayang dan tidak mampu berjalan dengan kuat kerana tidak nampak. Sumbangan barang keperluan dihulurkan kepada Encik Sawidi.

Rumah terakhir yang diziarahi adalah rumah Puan Muganisyari A/P Ramaloo. Puan Muganisyari menghidap sakit kanser usus tahap 3 sejak bulan November tahun lalu. Dirinya mengetahui menghidap kanser apabila diambil tisu sampel pada 22 Februari bulan lalu.

Sebelum menghidap sakit kanser, dirinya juga merupakan pesakit kencing manis, darah tinggi dan kolestrol. 2 minggu lepas (10 Mac), beliau telah dimasukkan ke wad kerana kekurangan darah dalam badan. Beliau akan menjalani rawatan kimoterapi setiap 2 minggu selama 3 hari. Kakak sedara telah membantunya dengan menghantar ke Hospital bagi mendapatkan rawatan.

Sayu melihat keadaan kini beliau yang perlu memakai tiub di hidungnya dan tidak dibenarkan makan serta susu dijadikan sebagai pengganti makanannya. Beliau boleh berjalan tetapi secara perlahan. Bantuan wang ihsan pesakit kronik dan barangan keperluan disalurkan oleh Yayasan Pasir Gudang kepada Puan Muganisyari agar dapat membantu meringankan dugaan yang ditimpa olehnya.

Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar Encik Sawidi dan Puan Muganisyari diberikan kesembuhan dan kuat dalam mengharungi ujian yang mendatang.

Sumbangan tabung pesakit kronik boleh disalurkan melalui :

1. https://yayasanpasirgudang.org.my/elementor-5747/

2. Akaun rasmi YPG :
Yayasan Pasir Gudang
Bank Islam Berhad
0108 7010 0468 59

3. Sumbangan tunai atau barangan

Info lanjut, layari
https://yayasanpasirgudang.org.my

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top