Online Classroom SPM 2021 merupakan inisiatif baru yang menggantikan kelas pembelajaran Pusat Tuisyen Komuniti bagi aras SPM yang sebelum ini dijalankan secara bersemuka kepada pembelajaran atas talian (online).

Tujuan kaedah pembelajaran ini dilaksanakan adalah sebagai satu usaha agar tiada kelas pembelajaran terganggu disebabkan wabak Covid-19. Ia juga sebagai langkah membendung penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pelajar sekolah terutama pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Di samping itu, usaha ini juga sebagai satu bentuk pembelajaran semasa yang menggunakan teknologi atau aplikasi terkini.

Yayasan Pasir Gudang membantu membayar pengajaran guru-guru SPM yang terlibat dan mengajar secara atas talian melalui aplikasi terkini.

Subjek pendidikan yang disediakan adalah :

1. Bahasa Melayu
2. Sejarah
3. Sains
4. Matematik

Pembelajaran akan berlangsung selama bermula pada Mei 2021 sehingga peperiksaan SPM dijalankan. YPG menyasarkan 1,000 orang pelajar akan berpeluang memasuki kelas ini secara percuma.

Pendaftaran boleh dilakukan dengan menghubungi nombor telefon penyelia yang tertera di bawah serta tekan butang “saya sertai” di bawah.

Penyelia :
Nur ( 019-7887615)
Pejabat (07-2547814)

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top