Yayasan Pasir Gudang akan melaksanakan Majlis Penyerahan Insentif Johor Berkebajikan (e-Kasih) 2021 sepanjang bulan April ini di Dewan sekitar kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).

YAB Menteri Besar Johor telah memberikan peruntukan di bawah Belanjawan Johor Tahun 2021 iaitu Insentif Agenda Johor Berkebajikan Pemberian “One-Off” selama 2 bulan kepada penerima daripada senarai e-Kasih sebanyak RM 300 sebulan bagi tahun 2021.

Yayasan Pasir Gudang diberi tanggungjawab menyelaraskan bantuan ini kepada senarai e-Kasih yang telah ditetapkan oleh Pejabat Daerah Johor Bahru. Setiap penerima tersenarai mengikut masa dan tempat yang disediakan.

Agenda Johor Berkebajikan ini adalah satu intervensi dan bantuan segera kepada golongan yang terkesan dengan keadaan ekonomi semasa khususnya dalam krisis Covid-19.

Dalam masa yang sama, bantuan ini dapat digunakan bagi meringankan bebanan kos sara hidup lebih-lebih lagi menghadapi bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top