[ 9 April 2021 ] Petang tadi telah berlangsungnya Projek Ekonomi Rakyat (ERA) siri “ Pembuatan Salad Spring Roll “ di Dewan Taman Mas, Kg Pasir Putih. Program hari ini diraih mesra dengan penglibatan peserta seramai 20 orang.
Turut serta tinjauan sepanjang perlaksanaan siri ini adalah Puan Shahriah Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.
Para peserta cukup bertuah pada siri kali ini kerana mereka semua berpeluang menimba ilmu dengan memperoleh 2 resepi yang berbeza iaitu pembuatan kek puding cendol cincau dan pembuatan salad spring roll. Sesi kelas bermula dengan pembuatan kek puding cendol cincau dan di tamatkan dengan pembuatan salad spring roll.
Bagi memberi pendedahan kepada golongan wanita yang berminat untuk berniaga serta mempelajari kepelbagaian resepi, maka Projek ERA telah direalisasikan sebagai salah satu inisiatif kemahiran Yayasan Pasir Gudang yang disediakan kepada mereka agar dapat membantu golongan ibu tunggal, suri rumah dan keluarga yang kurang berkemampuan dalam usaha menambah ilmu pengetahuan, kemahiran serta berkemungkinan membantu menambahkan pendapatan keluarga masing-masing.
Keazaman dan ketekunan dapat dilihat pada wajah setiap peserta yang menyertai program hari ini. Mereka begitu bersemangat dalam mempelajari ilmu yang dikongsi oleh tenaga pengajar. Semoga dengan ilmu yang diperoleh hari ini dapat melonjakkan semangat mereka dalam bidang perniagaan pada masa mendatang.