[ 9 April 2021 ] Majlis Penyerahan Insentif Agenda Johor Berkebajikan e-Kasih 2021 di Dewan Muafakat Taman Air Biru.
Program ini telah disempurnakan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang dan turut dihadiri YB Dato’ Asman Shah Bin Abd Rahman, Datuk Bandar MBPG, serta Datuk Haji Amin Bin Haji Ahmat, Ahli Majlis MBPG.
Yayasan Pasir Gudang diberi amanah untuk menyelaraskan bantuan daripada senarai e-Kasih yang ditetapkan oleh Pejabat Daerah Johor Bahru kepada penerima. Seramai 111 orang penerima e-Kasih telah menerima bantuan pada hari ini. Pemberian “One-Off” sebanyak RM 300 sebulan akan diterima oleh setiap penerima e-kasih selama 2 bulan bagi tahun 2021.
‘Sumbangan ini merupakan bantuan daripada kerajaan negeri dan pihak Yayasan Pasir Gudang diamanahkan untuk menyalurkan bantuan ini kepada setiap penerima. Gunakanlah sumbangan ini sebaik mungkin dan sentiasa bersyukur atas pemberian yang diperoleh kerana keadaan kehidupan kini tidak sama dengan kehidupan lalu, kehidupan bukan semakin senang tetapi semakin sukar kerana keadaan ekonomi semasa khususnya dalam krisis Covid-19’, (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin).
Semoga dengan pemberian bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh golongan yang terkesan dengan Covid-19 dan membantu mereka dalam mengharungi bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelma.