[ 10 April 2021 ] Sesi Majlis Penyerahan Insentif Agenda Johor Berkebajikan e-Kasih 2021 diteruskan lagi di Dewan Muafakat Taman Scientex.

Sesi penyerahan telah disampaikan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang. Turut hadir bersama-sama dalam sesi kali ini adalah Encik Nooraizam Bin Rowaji, Ahli Majlis MBPG Zon Scientex 1.

Seramai 94 orang penerima e-Kasih telah menerima bantuan pada hari ini yang telah ditetapkan senarai e-Kasih daripada Pejabat Daerah Negeri Johor Bahru. Setiap penerima e-Kasih akan menerima bantuan “One-Off” sebanyak RM 600 bagi tempoh 2 bulan pada tahun 2021.

Di samping itu, Yayasan Pasir Gudang juga berkesempatan menghulurkan Bantuan Pendaftaran IPTA/S Fasa 1 2021 kepada pelajar-pelajar Pasir Gudang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Seramai 22 orang pelajar telah menerima bantuan YPG pada hari ini.

“ Kerajaan Negeri sentiasa berfikir bagaimana untuk membantu golongan yang terjejas samada khususnya dalam ekonomi atau yang terkesan dengan wabak Covid-19. Dalam kelompok masyarakat, akan sentiasa ada golongan yang perlu pembelaan dari segi kebajikan, oleh yang demikian kerajaan negeri telah mewujudkan bantuan sebegini agar dapat membantu meringankan beban yang dirasai dan mengeluarkan mereka dari kanca kemiskinan. Maka, berhemat dalam berbelanja apabila menerima bantuan ini kerana bulan Ramadhan dan Syawal akan tiba tidak lama lagi”,
(Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin).

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top