[ 16 April 2021, Jumaat ] Semalam di Dewan Taman Cendana telah berlansungnya Majlis Penyerahan Insentif Agenda Johor Berkebajikan e-Kasih 2021 bagi penerima Zon Taman Cendana.

Hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan bantuan ini adalah Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang, Dato’ Haji Mohd Amin Bin Haji Ahmad dan Encik Noor Azleen Bin Ambros, Ahli Majlis MBPG.

Seramai 185 orang penerima e-Kasih yang terpilih dari sistem e-Kasih merupakan penduduk di kawasan Taman Cendana.

“ Bantuan ini merupakan bantuan daripada Kerajaan Negeri Johor. Kerajaan Negeri Johor sedar akan golongan masyarakat yang terkesan dengan ekonomi semasa dan terputus sumber pendapatan akibat Covid-19. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Johor mengambil kesempatan membantu golongan terbabit dan salah satunya adalah penerima e-Kasih. Gunakanlah sebaik mungkin bantuan yang diterima pada hari ini dan semoga bantuan ini dapat membantu meringankan beban serta menceriakan suasana penerima ketika menyambut bulan Ramadan dan Syawal yang akan tiba tidak lama lagi”
(Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin).

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top