Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik yang bergelar “ Guru “ .
“ Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu “ merupakan tema yang sangat bersesuaian dengan peranan guru dalam memperkasakan keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Terima kasih kepada segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan bagi membina dan mendidik anak-anak murid menjadi insan yang berguna dan berjasa kepada negara suatu hari nanti.