Adalah dimaklumkan KPJ PASIR GUDANG SPECIALIST HOSPITAL akan menjadi Pusat Pemberian Vaksin Hospital Swasta (PPVHS) melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula pada 7 Jun 2021 ini, dari jam 9.00pagi hingga 4.00petang.

Hanya penerima vaksin yang telah mendapat janji temu di aplikasi MySejahtera dibenarkan datang untuk diberikan vaksin.
Diingatkan kepada para penerima vaskin agar hadir 30 minit awal dari waktu ditetapkan di MySejahtera bersama kad pengenalan, pen & telefon bimbit. Pakai pakaian yang sopan, selesa & memudahkan suntikan di bahagian atas lengan.

Bersama-sama kita mencapai immuniti berkelompok di Malaysia.

Lindung Diri, Lindung Semua

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top