[ 7 Jun 2021, Isnin ] Yayasan Pasir Gudang telah menziarahi ke kediaman mangsa kebakaran di Jalan Helang, Taman Scientex.
Encik Dzulkiflie Bin M. Sakan serta keluarga merupakan mangsa kebakaran rumah yang terjadi pada 7 Jun 2021 sekitar jam 5:00 pagi.

Sewaktu kejadian berlangsung, kesemua ahli keluarga dan Encik Dzulkiflie tiada di rumah. Pihak bomba mendapati bahawa punca berlakunya kebakaran disebabkan kotak suis utama di ruang tamu mengalami kerosakan dan percikan api menyebabkan kesemua ruang tamu sehingga bahagian atas rumah terbakar.

Alhamdulillah, pengesan asap rumah beliau dapat mengesan kebakaran dengan baik dan secara langsung telah menghubungi pihak bomba yang berdekatan.

YPG menghulurkan sumbangan Ihsan Bencana Kebakaran bersama Puan Hajah Haryati, Ahli Majlis Zon Scientex 1.
Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top