| 17 Ogos 2021, Selasa |

Yayasan Pasir Gudang telah selesai melawat ke kediaman mangsa kebakaran di Jalan Ciku, Taman Kota Masai. Kejadian terjadi pada 16 Ogos 2021 sekitar jam 1:00 petang, semalam dimana rumah mangsa iaitu Encik Al Hafiz Bin Mohyar mengalami bencana kebakaran.

Ketika kejadian berlaku, Encik Al Hafiz berada di Pahang atas urusan kerja manakala isteri dan anak-anak beliau berada di rumah. Syukur kerana tiada kemalangan nyawa yang terlibat. Kebakaran tersebut mengakibatkan 2 buah bilik di bahagian aras atas rumah musnah.

Punca kejadian kebakaran masih dalam siasatan oleh pihak bomba. Buat masa kini, isteri serta anak-anak beliau telah menumpang sementara di rumah keluargannya.

Sumbangan Ihsan Bencana Kebakaran YPG telah disampaikan oleh Tuan Haji Herman Irmadi Bin Ismail, ALPA YPG dan diturut serta oleh Cik Teow Chia Ling, Ahli Majlis MBPG Zon Kota Masai 1.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top